Kemaskini Terakhir: Selasa,11 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234

 

ALOR SETAR, 22 Feb 18 - Sel Keselamatan INSPEN 2 telah mengadakan Foreign Object Damage (FOD) Awareness Program, yang meliputi kelas 'FOD Awareness dan aktiviti FOD sweep'. Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada warga INSPEN 2 tentang bahaya FOD terutamanya dalam pengoperasian helikopter. Perkara ini amat dititikberatkan kerana helicopter downwash yang terhasil daripada putaran main rotor blade pesawat helikopter menyebabkan bahaya FOD bukan sahaja kepada pesawat malahan lebih serius di mana ianya boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada manusia dan merosakkan bangunan yang berhampiran.
Kelas FOD Awareness telah disampaikan oleh Unit Safety Officer (USO) INSPEN 2 iaitu Mej Mohd Asmil Faiq bin Adnan TUDM dan disusuli dengan FOD sweep yang turut disertai oleh pihak Gading Kasturi Sdn Bhd yang menyelenggara pesawat EC 120B.
FOD sweep yang telah dikoordinasi pada kali ini tidak hanya tertumpu kepada kawasan dispersal malahan meliputi kawasan Grass Strip 1 dan Grass strip 2 yang digunakan oleh INSPEN 2 dalam latihan penerbangan helikopter. FOD Awareness Program ini turut disertai oleh Pegawai Memerintah INSPEN 2, Lt Kol Koo Heng Giap TUDM serta pihak Cawang Operasi Kolej Tentera Udara.