Kemaskini Terakhir: Rabu,18 Jul 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC03578DSC03599DSC03627DSC03641DSC03650DSC03720DSC03727DSC03737

 

SUBANG, 8 Feb 18 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), telah menerima kunjungan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato' Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM. Ketibaan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah disambut oleh Pemangku Pegawai Memerintah INSTAR, Mej Johan Wahidi bin Mohd Arip TUDM. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU).

Atur Cara lawatan ini dimulakan dengan perasmian program derma darah yang telah dianjurkan oleh pelatih Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan (KPPP) kelas 1 Siri 63/18 dengan kerjasama oleh Pusat Darah Negara. Lawatan ini diteruskan dengan taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Memerintah INSTAR di Bilik Mesyuarat INSTAR. Antara taklimat yang telah disampaikan adalah perjawatan anggota INSTAR, kursus-kursus yang dilaksanakan serta cabaran semasa yang dihadapi oleh INSTAR. Selain itu, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara juga turut mengadakan sesi dialog serta membuat lawatan ke Blok penginapan pelatih.

Ini merupakan lawatan kerja yang pertama Panglima Pendidikan dan Latihan Udara ke INSTAR setelah mengambil alih tampuk pemerintahan MPPLU pada 29 Jan 18 yang lepas.