Kemaskini Terakhir: Jumaat,25 Mei 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0006DSC 0031DSC 0120DSC 0166DSC 0183DSC 0203DSC 0212DSC 0218DSC 0224

 

SINTOK, 28 Jan 18 – Latihan Menembak M4 Carbine 5.46 mm diteruskan lagi pada hari ketujuh Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara UA Tahun 2018 dengan Pertandingan Menembak Jatuh Piring bagi Pegawai Sukarela PSSTUDM, Pegawai Kadet PALAPES Udara dan Jemputan bertempat di Lapang Sasar Tunku Puteri Intan Syafinaz, Universiti Utara Malaysia.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Pertandingan Jatuh Piring Kategori Jemputan:
Johan : UniSZA
Naib Johan : UMP

Pertandingan Jatuh Piring Pegawai Sukarela PSSTUDM
Johan : UUM
Naib Johan : UIAM

Jatuh Piring Pegawai Kadet
Johan : UMP
Naib Johan : UUM

Pertandingan ini turut disertai oleh Timbalan Komandan PALAPES USM, Lt Kol Shahrizal Nazri, Timbalan Komandan PALAPES UUM, Mej Norzilah bt Hj Aziz, Pegawai Penasihat PALAPES Udara UUM, Mej (K) Hj Shahrin bin Hj Ahmad PSSTUDM.

Johan keseluruhan bagi Latihan Menembak Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara UA Tahun 2018 telah disandang oleh UUM. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Komandan PALAPES UUM. Tahniah kepada semua yang berjaya. Bagi Pegawai Kadet Peringkat Intermediate dan Junior pula, mereka mengikuti kembara menjelajahi Kampus Universiti Utara Malaysia menggunakan O-Bike. Kembara ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua Pegawai Kadet kemudahan dan tarikan yang disediakan oleh Universiti Utara Malaysia.