Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0012DSC 0019DSC 0071DSC 0090DSC 0126DSC 0137DSC 0222DSC 0232DSC 0239

SINTOK, 26 Jan 18 – Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam Tahun 2018 diteruskan dengan Pertandingan Merentas Halangan pada hari kelima Latihan bertempat di Trek Merentas Halangan Markas PALAPES Universiti Utara Malaysia. Setiap Unit PALAPES Udara perlu menghantar satu pasukan bertanding yang terdiri daripada 20 Pegawai Kadet. Antara halangan yang dilalui oleh setiap pasukan ialah Tangga Kambing, Tembok 6 kaki, Tembok 12 Kaki, Monkey Rack dan Tarzan Swing.
PALAPES Udara Universiti Utara Malaysia telah dinobatkan sebagai johan pertandingan merentas halangan dengan mencatatkan jumlah mata tertinggi dan berjaya mengekalkan kejuaraan untuk 8 tahun berturut-turut.
Upacara penyampaian hadiah kepada Johan dan Naib Johan Pertandingan Merentas Halangan telah disempurnakan oleh Pegawai Penasihat PALAPES Udara Universiti Utara Malaysia, Mej (K) Hj Shahrin bin Hj Ahmad PSSTUDM. Syabas kepada yang menjadi johan.

Bagi Pegawai Kadet Peringkat Junior pula, mereka menjalani Latihan Tali Tinggi dan kelas ulangkaji peta dan kompas sebagai persediaan menjalani latihan pandu arah.