Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2 futsal wanita3 gelanggan indoor kompleks sukan uum5 bola jaring7 bola tampar wanita9 bola tampar lelaki9 penyampaian hadiah10 penyampaian hadiah11 bergambar keseluruhan di komplek sukan uum

SINTOK, 25 Jan 18 – Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam Tahun 2018 diteruskan dengan Karnival Sukan pada hari keempat. Karnival Sukan ini diadakan di Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia.
Acara yang dipertandingkan adalah Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Wanita, Futsal Lelaki, Futsal Wanita dan Bola Jaring. Pegawai-pegawai kadet PALAPES Udara dari setiap UA telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung untuk memenangi setiap perlawanan.
Unit PALAPES Udara UUM telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Karnival Sukan Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam Tahun 2018. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PS 3 PALAPES MPSTU, Kapt Wan Abdullah bin Wan Abdul Samad TUDM. Tahniah kepada semua yang berjaya.