Kemaskini Terakhir: Selasa,11 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6 keseluruhan depan7 formasi RMAF VR8 UUM

 

SINTOK, 24 Jan 18 – Majlis Perasmian Pembukaan Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam Tahun 2018 telah disempurnakan oleh Naib Canselor merangkap Komandan PALAPES Universiti Utara Malaysia, YBhg Kol (K) Prof Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak PSSTUDM di Padang Kawad Markas PALAPES Universiti Utara Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah PSTU, YBhg Kol Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM, Pihak Pengurusan UUM serta Pegawai dan Jurulatih TUDM.
Perbarisan yang berkekuatan seramai 74 Pegawai Sukarela PSSTUDM dan 624 Pegawai Kadet PALAPES Udara ini dimulakan dengan ketibaan pegawai-pegawai penerima tabik hormat diikuti pemeriksaan perbarisan oleh Naib Canselor UUM dan ucapan perasmian latihan oleh Naib Canselor UUM. Secara rasminya Latihan Kem Tahunaan PALAPES Udara Universiti Awam Tahun 2018 bermula.