Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Jan 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2913 resizeDSC 3000 resizeDSC 3003 resizeDSC 3010 resize

ALOR SETAR, 12 Dis 17 - Majlis Penutup Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) Kuatermaster dan Pramugari Siri 48/17 telah diadakan di Dewan Aero Kolej Tentera Udara.

Kursus ini telah melibatkan seramai 30 anggota dari Lain-lain Pangkat yang merangkumi 27 anggota dari Tentera Udara Diraja Malaysia dan 3 anggota dari Tentera Darat Malaysia. Untuk pengetahuan,kursus ini telah berlangsung bermula dari 21 Ogos 17 sehingga 13 Disember 17.

Pemakaian pangkat telah dilaksanakan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, YBhg Bdg jen Dato' Johnny Loh Kok Kong TUDM dan seterusnya merasmikan penutupan kursus.

Pada majlis tersebut P/Sjn U Nur'ain Izati bt Mohd Ali telah menerima Anugerah Pelajar terbaik Akademik manakala Sjn Mohd Junaidi bin Jamaludin telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan.