Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0607DSC 0606DSC 0614DSC 0594DSC 0599DSC 0503

SUBANG, 23 Nov 17 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Tingkatan Pegawai Tadbir Siri 32/17 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, YBhg Brig Jen Dato' Dr. Ismail bin Manuri TUDM bertempat di Dewan Pahlawan INSTAR. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah MPSTU, YBhg Kol Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM; Pengarah Perundangan, Lt Kol Zainurin bin Mohd Dom TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM; PS 2 Latih E MPPLU, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM serta pegawai-pegawai dan jurulatih INSTAR.

Seramai 19 orang pegawai yang berpangkat Kapt TUDM daripada Cawang Tadbir telah berjaya menamatkan kursus tersebut yang bermula pada 5 Sep 17 dan tamat pada 24 Nov 17.

Anugerah Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh Kapt Rohayu binti Shahrudin TUDM, manakala Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Tingkatan Pegawai Tadbir Siri 32/17 telah disandang oleh Kapt Zawir bin Mahamud TUDM.