Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

imageIMG 8174IMG 8176IMG 8177IMG 8178

Institut Penerbangan 2 (INSPEN 2) telah mengadakan lawatan kerjaya selama 5 hari bermula pada 13 hingga 17 Nov 17. Lawatan yang diketuai oleh Mej Noor Fazdli TUDM melibatkan 51 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang jurulatih, 18 pelatih kursus asas juruterbang helikopter siri 59/17 dan 30 pelatih kursus ilmu penerbangan asas siri 48/17.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal, halatuju kerjaya dan pengalaman kepada pelatih di INSPEN 2 mengenai aset-aset, budaya kerja, tugas-tugas di squadron penerbangan, dan realiti kehidupan sebagai anak kapal.

Lawatan ini dimulakan dengan melawat Rejimen 881 PUTD, Kem Mahkota, Kluang, Johor. Sesi lawatan diteruskan dengan melawat No 2 Skn serta 20 Skn yang terletak di Pangkalan Udara Subang. Peserta lawatan juga turut ke Skn 501 dan Skn 502 Markas TLDM, Lumut, bagi melihat aset-aset yang dimiliki TLDM. Lawatan terakhir dilaksanakan di No 3 Skn, Pangkalan Udara Butterworth.