Kemaskini Terakhir: Jumaat,24 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 6552 resizeIMG 6635 resizeIMG 6720 resize MG 6231 resize MG 6330 resize MG 6772 resize MG 6810 resize

BEDONG, 4 Nov 17 - Program Jiwa Murni dan Hari Keluarga Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1) telah diadakan di Rumah Seri Kenanga, Bedong. Rata-rata penghuni Rumah Seri Kenangan ini diduduki seramai 251 orang warga emas lingkungan 60 tahun dan keatas. Program ini diketuai oleh Pegawai Memerintah INSPEN 1, Kol Ghazali bin Yayah TUDM melibatkan 19 pegawai dan staf serta 46 pelatih penerbangan cse 79 dan 80.

Objektif bertujuan mengeratkan hubungan sillaturrahim warga INSPEN 1 dengan masyarakat. Ini merupakan inisiatif di luar kotak yang membantu rakyat terutamanya mereka yang berada di luar bandar. Penghuni Rumah Seri Kenanga diraikan dengan penuh mesra.

Rumah Seri Kenanga dipilih kerana ingin memberi kesedaran kepada warga pelatih mengenai warga emas kepentingan institusi kekeluargaan terutamanya terhadap ibu bapa.