Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC01081DSC01076DSC00969DSC01086DSC01100DSC00961

SUBANG, 2 Nov 17 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Asas Pembantu Pentadbiran (KAPP) Kelas I Siri 66/17 telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Dato' Dr Ismail bin Manuri TUDM, Asisten Ketua Staf Tadbir bertempat di Dewan Pahlawan INSTAR. Majlis turut dihadiri oleh Lt Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM PS 2 Latih E MPPLU, pegawai-pegawai dan jurulatih INSTAR.

Seramai 39 orang pelatih daripada Tred Pembantu Pentadbiran telah berjaya menamatkan kursus tersebut yang bermula pada 11 Jul 17 dan tamat pada 3 Nov 17. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan anggota Tred Pembantu Pentadbiran yang berilmu, berupaya menjalankan tugas dengan lebih cekap dan sempurna sesuai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Selain itu, kursus ini juga menjadi pra syarat untuk dinaikkan pangkat ke pangkat Laskar Udara Kanan.

Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik telah disandang oleh LU I Muhammad Sukri bin Khairul Anuwar daripada PU Butterworth, manakala Anugerah Penuntut Akademik Terbaik telah disandang oleh LU I Zaibibiana binti Affandi daripada MATRA 1, PU Kuala Lumpur.