Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Dis 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20171005 WA0002IMG 20171005 WA0005

IMG 20171005 WA0003IMG 20171005 WA0001

SUBANG, 5 Okt 17 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 39/17 telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Dewan Pahlawan, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Majlis turut dihadiri oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM; Ketua Staf MPPLU, YBhg Brig Jen Dato' Haji Sanusi bin Haji Samion TUDM; Komander Pangkalan Udara Subang, YBhg Brig Jen Dato' Shamsudin bin Kassim TUDM; Pengarah PSTU, Kol Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM; Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM; pegawai-pegawai serta jurulatih INSTAR.

Kursus yang bermula pada 5 Sep yang lalu telah dihadiri seramai 55 orang pelatih berpangkat F/Sjn pelbagai ketukangan terdiri daripada 50 pelatih lelaki dan 5 pelatih wanita.