Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1011DSC 1030DSC 1046DSC 1050DSC 1052DSC 1056DSC 1064DSC 1088DSC 1099DSC 1208DSC 1248DSC 1287

KINRARA, 28 Ogos 17 – Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara telah mengadakan Hari Keselamatan bagi tahun 2017 bertempat di INSMAT TUDM Kinrara. Hari Keselamatan ini dianjurkan oleh Kursus Pengurusan Material dan Pengendalian Gudang Siri 90/17 bersama-sama Safety Working Committee INSMAT TUDM Kinrara. Upacara Perasmian telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Memerintah, Mej Abu Bakar bin Mohd Atim TUDM di Auditorium INSMAT TUDM Kinrara.

Sempena Hari Keselamatan tersebut, beberapa program yang melibatkan agensi luar telah dilaksanakan iaitu Pertandingan Melukis Poster Keselamatan, Ceramah daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pameran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Pemeriksaan Kesihatan oleh Institut Perubatan Penerbangan (IPP), Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Denggi, Demontrasi Memadam Kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api Kecil (APAK) serta Penyerahan Bendera Malaysia kepada Penunggang Motorsikal.

Pertandingan Melukis Poster Keselamatan INSMAT bagi tahun 2017 telah dimenangi oleh Kpl U Muhammad Fawzan bin Yahaya (Pelatih Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan Peningkatan Kelas I siri 60/17). Manakala pemenang tempat kedua adalah Kpl U Nor Atiq bin Ramli (Pelatih Kursus Pengangkutan Kenderaan Kelas II siri 83/17) dan tempat ketiga adalah Sjn U Rosmanizam bin Yusof (Pelatih Kursus Pengurusan Pengangkutan Kenderaan Peningkatan Kelas I siri 22/17).

Hari Keselamatan yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dalam aspek keselamatan,memberi kesedaran kepada anggota berkaitan keselamatan dan membudayakan budaya keselamatan dikalangan anggota TUDM seiiring dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Udara ke 18. Progam yang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf dan pelatih INSMAT serta warga RKAT dan BAKAT INSMAT.