Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

q1q2q3q4q5

SUBANG, 15 Mac 17 - Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah diadakan di Padang Kawad INSTAR.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah INSTAR, beliau mengharapkan agar semua pelatih mengimplikasikan ilmu yang telah dipelajari dengan cara yang bijak untuk menguruskan skuadron pentadbiran dan menyelesaikan masalah yang berlaku di unit masing-masing.

Selain itu, Pegawai Memerintah juga mengingatkan kepada semua yang hadir agar mempunyai minda yang terbuka, berinovatif dan berinisiatif di dalam mengurus dan menyelesaikan masalah. Ia hendaklah disokong dengan keikhlasan bekerja supaya kerja yang dilaksanakan akan diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Dalam pada itu, Pegawai Memerintah turut menyempurnakan Majlis penyampaian Anugerah Khas Pegawai Memerintah, Anugerah Jurulatih Terbaik dan Anugerah Staf Terbaik INSTAR. PW U I Mohamad Hazman Harnam bin Abdullah telah menerima Anugerah Khas Pegawai Memerintah, manakala bagi Jurulatih Terbaik disandang oleh PW U II Ahmad Ridwan bin Md Lazim dan Staf Terbaik disandang oleh LUK Mohamad Shafiza bin Sabarumin.

Perbarisan tersebut telah dihadiri seramai 319 anggota terdiri daripada pegawai, jurulatih, staf dan pelatih kursus yang sedang dijalankan di INSTAR.