Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

p3p4p6p1p2p5

SUBANG, 9 Mac 17 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Penyelia Kanan (KPK) Siri 212/17 telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara subang, YBhg Brig Jen Dato’ Shamsudin bin Kassim TUDM bertempat di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM pegawai dan jurulatih INSTAR.

Seramai 120 orang pelatih daripada pelbagai ketukangan telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan seorang PTTK yang berilmu, berupaya menjalankan tugas dengan lebih cekap dan sempurna sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkannya. Selain itu, kursus ini juga menjadi pra syarat untuk dinaikkan pangkat ke pemangku Sarjan Udara. Kursus Penyelia Kanan Siri 212/17 bermula pada 7 Feb 17 dan tamat pada 10 Mac 17.