Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

t1t2t3t4t5t6

SUBANG, 8 Mac 17 - Majlis Pembukaan Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 36/17 telah diadakan di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM dan dihadiri oleh pegawai serta jurulatih INSTAR.

Seramai 50 anggota daripada pelbagai ketukangan di dalam TUDM berpangkat Flait Sarjan yang terdiri daripada 44 pelatih lelaki dan 4 pelatih wanita. Kursus ini bermula pada 7 Mac 17 dan akan tamat pada 7 Apr 17.