Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DD2 9850DD2 9853DD2 9866DD2 9870DD2 9877DD2 9894DD2 9918DD2 9920DD2 9934DD2 9980

ALOR SETAR, 3 Mac 17 - PULATIBANG 1 telah meganjurkan satu majlis bagi meraikan kejayaan pelatih kursus penerbangan siri 78 yang telah berjaya meneruskan latihan ke fasa lanjutan. Dengan nama Advance Day, majlis ini bukan sahaja meraikan para pelatih malah sebagai simbolik kepada para pelatih secara rasminya sebagai advance student.


Majlis ini turut di hadiri oleh semua warga PULATIBANG 1, staf AIROD dari Senggaraan PILATUS PC7 dan PC7 Mk II dan ILIT. Majlis bermula pada pukul 3 petang dengan ucapan dari Pegawai Laksana PULATIBANG 1, diikuti dengan jamuan BBQ. Majlis ini turut dimeriahkan dengan beberapa permainan seperti gusti lengan dan pertandingan susun cawan yang turut disertai oleh wakil jemputan. Tetamu juga disajikan dengan beberapa persembahan nyanyian daripada kumpulan band PULATIBANG 1 yang terdiri dari pelatih-pelatih. Didalam kesempatan ini, Acara sambutan hari jadi juga diadakan bagi meraikan warga PULATIBANG 1 yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Februari.


Selain dari meraikan pelatih-pelatih, majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara Jurulatih, Pelatih dan groundcrew. Selain itu, ia juga sebagai ruang menghargai semua pihak yang telah berkerja keras sehingga pelatih berjaya mencapai ke fasa ini. Majlis berakhir dengan penyampai hadiah dan bersurai pada 1700H.