Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Jan 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

23

SUBANG, 12 Jan 17 - Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Peningkatan Pembantu Pentadbiran (KPPP) Kelas I Siri 62/17 dan Kursus Asas Pembantu Pentadbiran (KAPP) Kelas I Siri 65/17 telah disempurnakan oleh Mej Shuhaniff bin Sharuddin TUDM, Pemangku Pegawai Memerintah INSTAR di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Seramai 30 orang anggota dari Ketukangan Pembantu Pentadbiran berpangkat Sjn U terdiri daripada 26 anggota lelaki dan 4 anggota wanita hadir bagi mengikuti kursus ini selama 18 minggu bermula pada 10 Jan 17 hingga 19 Mei 17.

Manakala bagi Kursus Asas Pembantu Pentadbiran (KAPP) Kelas I Siri 65/17 dihadiri seramai 40 anggota dari Ketukangan Pembantu Pentadbiran berpangkat Laskar Udara I terdiri daripada 32 anggota lelaki dan 8 anggota wanita hadir bagi mengikuti kursus ini selama 16 minggu bermula pada 10 Jan 17 hingga 5 Mei 17.