Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Jan 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC0167

KINRARA, 9 Jan 17 – Perbarisan Pegawai Memerintah, Penyampaian Perutusan PTU ke-18, Majlis Serah Menyerah Tugas Ketua Jurulatih dan Ketua Khidmat Tadbir INSMAT serta Perasmian Epaulette Kursus telah diadakan di perkarangan Padang Kawad INSMAT TUDM Kinrara. Perbarisan tersebut diketuai oleh Kapt Mohd Amin bin Mahadzhir TUDM dan terdiri daripada lima pegawai dan 176 anggota LLP.

Dalam perbarisan itu, Pegawai Memerintah telah membacakan Perutusan Panglima Tentera Udara ke-18 dan seterusnya menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jurulatih dan Ketua Khidmat Tadbir INSMAT. Mej Abu Bakar bin Mohd Atim TUDM secara rasmi menyerahkan tugas Ketua Jurulatih INSMAT kepada Mej Mohd Rashidy bin Zulkifli TUDM manakala Kapt Hasrul Taufek bin Roslan TUDM menyerahkan tugas Ketua Khidmat Tadbir kepada Kapt Muhammad Hanis bin Abdul TUDM.