Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Jan 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 4343IMG20161227093321

IMG 4297IMG 4312

KINRARA, 27 Dis 16 – Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara telah mengadakan Hari Keselamatan bagi tahun 2016 yang dirasmikan oleh Mej Abu Bakar bin Mohd Atim TUDM, Pemangku Pegawai Memerintah.

Sempena Hari Keselamatan tersebut, beberapa beberapa program telah dilaksanakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada semua staf dan pelatih INSMAT. Antara program yang dilaksanakan adalah Pertandingan Poster Keselamatan, Ceramah Anti Dadah, Ceramah Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api Kecil (APAK) serta memadamkan kebakaran yang berpunca daripada kebocoran gas memasak.

Sijil Good Show Award telah diberikan kepada staf dan pelatih INSMAT di atas usaha dan tindakan terpuji yang ditunjukkan oleh anggota di dalam memadamkan kebakaran di suis utama Surau Al Hijrah INSMAT TUDM Kinrara pada 05 Dis 16. Penerima sijil tersebut adalah LUK Mohd Shufian bin Husin, LUK Mohammad Rozaimi bin Hassan, LUK Shaiful Hafizie bin Asha'al dan Cik Farahiyah binti Ruslim (Desatera). Manakala bagi pertandingan Melukis Poster Keselamatan INSMAT telah dimenangi oleh Sjn U Hamizan bin Abd Hamid (Pelatih Kursus Pengurusan Operasi Pengangkutan siri 20/16).