Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20210111 WA0020IMG 20210111 WA0021 

WP LABUAN, 11 Jan 21 - Pegawai Laksana Pangkalan Udara Labuan, Lt Kol Hj Mohamad Zulhilmi bin Hj Ahmad TUDM, telah menyampaikan sumbangan cek daripada Tabung Kebajikan TUDM serta Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) bertempat di Bilik Mesyuarat Pangkalan Udara Labuan.

Dalam majlis ini, dua orang anggota LLP yang bertugas di Pangkalan Udara Labuan iaitu Kpl U Muhammad Zulfadhli bin Zolkepli dan LUK Muhammad Shahfiq bin Yatim Mustafah telah menerima sumbangan cek tersebut. Ibu kepada Kpl U Zulfadhli menghidap penyakit kanser payudara tahap 4, manakala ayah LUK Shahfiq menghidap penyakit buah pinggang. Diharapkan sumbangan yang diterima dapat meringankan beban yang ditanggung oleh anggota dan keluarga anggota berkenaan.