Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUALA LUMPUR, 12 Jan 21 – Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (AKS P&P), Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustafa TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat anggota Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Udara (MTU-P&P) hari ini.

Dalam majlis tersebut menyaksikan dua anggota MTU-P&P telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Flait Sarjan iaitu Sjn U Ahmad Hamidee bin Kamaruddin dan Sjn Ali bin Mohamad.

Turut hadir di majlis pemakaian tersebut adalah Timbalan AKS P&P, Brig Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM serta pegawai-pegawai MTU P&P.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi semangat kepada anggota untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta berusaha lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.