Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

ADS 4626

SUBANG, 11 Januari 2021 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Pertahanan Udara MPOU-A3, Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah berlangsung di antara Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM dengan Lt Kol Mohd Sahfriz bin Othman TUDM. Majlis telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf A3, Kol Norazman bin Ismail TUDM bertempat di perkarangan MPOU-A3.

Seluruh warga A3, MPOU mengucapkan terima kasih kepada Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan PS1 ADC A3 dan tahniah juga Lt Kol Mohd Sahfriz bin Othman TUDM yang diamanahkan untuk memangku tugas PS1 ADC A3. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.