Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20210108 WA0030IMG 20210108 WA0031IMG 20210108 WA0034

KUANTAN, 8 Jan 21 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM bersama Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brig Jen Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Mohd Hatim bin Saad di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang pada hari ini.

PANGWILUD 1 telah diberikan taklimat berkaitan pengoperasian dan pentadbiran unit-unit di bawah naungan Markas Wilayah Laut 1. Dalam sesi kunjungan hormat ini juga, PANGWILUD 1 sempat bertukar-tukar pandangan serta membincangkan hala tuju serta kerjasama di masa hadapan bagi kedua-dua pihak MAWILUD 1 dan MAWILA 1.

Kunjungan hormat selesai dengan sesi penyerahan cenderahati sebagai tanda kenangan. Semoga ikatan dan kerjasama diantara kedua-dua perkhidmatan TLDM dan TUDM dapat terus dijalinkan demi kedaulatan negara.