Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20210107 WA0137IMG 20210107 WA0143

BUTTERWORTH, 7 Jan 21 - BAKAT Pangkalan Udara Butterworth diketuai Puan Nilly Wahida bt Omar Sudi selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan dan Ketua-ketua telah membuat lawatan kebajikan ke rumah ahli BAKAT iaitu Puan Hamiza bt Lani isteri kepada FSjn Zabidi bin Zainol dari Cawangan Tadbir. Beliau telah diserang stroke/tekanan darah tinggi pada 28 Dis 20 yang menyebabkan beliau tidak dapat berjalan seperti sedia kala. Keadaan beliau kini stabil dan akan mengikuti rawatan fisioterapi. Sumbangan kerusi roda, tongkat dan wang tunai telah diberikan bagi mengurangkan beban keluarga mereka.

Pengerusi BAKAT Pangkalan dan Ketua-ketua Biro juga telah meluangkan masa menziarahi Puan Juriana bt Mokhtar yang baru sahaja kehilangan suaminya iaitu Allahyarham FSjn Mazli bin Mansor dari unit SLTT Bukit Ibam. Sumbangan dari pangkalan juga telah diberikan. Semoga kehadiran BAKAT Pangkalan ini dapat meningkatkan moral serta meringankan beban beliau dan sekeluarga.