Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1234

SUBANG, 6 Jan 21 – Dengan keizinanNya, Majlis Perasmian Perpustakaan Pangkalan Udara Subang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM. Peristiwa yang penuh bermakna ini juga turut disaksikan oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM serta semua Pegawai Memerintah dan Ketua Cawang di pangkalan ini.

Semasa memberikan ucapan ringkas dalam majlis ini, Komander Pangkalan menzahirkan rasa terharu dan gembira kerana hasrat PU Subang untuk mempunyai sebuah perpustakaan baru telah terlaksana selepas perpustakaan lama musnah di dalam kebakaran pada Mac 2008. Namun begitu, beliau turut menaruh harapan yang tinggi kepada pihak Perpustakaan dan Pejabat Pendidikan PU Subang untuk menjadikan perpustakaan yang baru ini sebagai pusat informasi dan maklumat serta menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pegawai dan anggota TUDM, malah menjadi tempat rujukan bagi pelajar-pelajar di kalangan anak pegawai dan anggota pada semua lapisan umur samada di peringkat IPTA mahupun Taska / TADIKA. Untuk tujuan tersebut, kemudahan seperti tambahan rak buku, buku-buku pembelian mahupun sumbangan dan kemudahan Wi-Fi perlu segera diadakan.

Sebagai hub informasi dan maklumat, Perpustakaan PU Subang turut menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah perkhidmatan rujukan, perkhidmatan pinjaman, sudut khidmat pendidikan, Program BOOKS 4U, tuisyen secara dalam talian dan juga perkhidmatan perpustakan digital. Kesemua perkhidmatan yang disediakan ini adalah bagi membekalankan ilmu pengetahuan kepada penggunanya selain mampu memberikan kesinambungan kepada generasi yang akan datang tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan budaya membaca. Ianya adalah selaras dengan saranan pihak kerajaan untuk melahirkan Bangsa Membaca. Dengan ini, kita mampu menjadikan masyarakat kita lebih berpengetahuan dan berpendidikan.

Keprihatinan Komander Pangkalan kepada anggota dan anak-anak anggota turut ditekankan dalam ucapan ringkas beliau yang antaranya berpesan agar memberikan pemantauan dan keperihatinan yang penuh kepada semua anggota keluarga agar sentiasa menggalakkan anak-anak untuk menggunakan sepenuhnya Perpustakaan PU Subang untuk dijadikan tempat belajar dan kelas tuisyen disamping mengikuti SOP dan norma baharu seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.