Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2442d37a cdbc 42c1 9572 89c483217b97 

SUBANG, 8 Jan 21 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat bagi anggota Cawangan MUKES, Cawangan Istiadat TUDM dan Cawangan Perkhidmatan bertempat di Dewan Pancaragam TUDM, Pangkalan Udara Subang.

Mendahului senarai adalah FSjn Andrea Alhafiz Muiz bin Abdullah dari Badan Kesenian TUDM yang telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Dua. Manakala Sjn U Mohd Nasir bin Che Hat dan Sjn U Khairul Izwan bin Ammir dari Cawangan Istiadat TUDM masing-masing dinaikkan pangkat ke Pemangku Flait Sarjan. Seterusnya, Kpl U Mohammad Nur Hafiz bin Ali dari Cawangan Perkhidmatan dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan Udara. Bagi kenaikan pangkat ke Laskar Udara Kanan pula melibatkan tiga anggota dari Badan Kesenian TUDM iaitu LU I Harlin bin Ali Hassan, LU I Andriesse Ivan Anak Stephen dan LU I Elison Anak Douglas.

Turut hadir adalah Pengarah Perkhidmatan, Kol Khairuddin bin Ghazali TUDM; Pengarah Cawangan Istiadat TUDM, Lt Kol Mohd Azzuwan bin Abdul Wahab TUDM; Pengarah MUKES, Lt Kol Mohd Salleh bin Wahab TUDM, dan PS2 Pusat Rekod TUDM, Mej Siti Nur Huzaimas binti Abdul Razak TUDM.