Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1648DSC 1667DSC 1686DSC 1696

GONG KEDAK, 7 Jan 2021 - Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP No. 12 Skuadron telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah No 12 Skn, Lt Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM di Foyer Markas No 12 Skuadron, Pangkalan Udara Gong Kedak. Turut hadir menyerikan majlis adalah Pegawai-Pegawai No. 12 Skn dan Anggota Lain-Lain Pangkat No 12 Skuadron.

Dalam majlis tersebut, seramai 16 anggota LLP No 12 Skn telah dinaikkan pangkat yang terdiri daripada seorang anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Udara Dua, enam anggota ke pangkat Pemangku Sarjan Udara, sembilan anggota ke pangkat Pemangku Koperal Udara.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga dengan kenaikkan pangkat akan memberi semangat kepada anggota untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta berusaha lebih gigih dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.