Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7039DSC 7048DSC 7081DSC 7093

GONG KEDAK, 7 Jan 2021 – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Laksana Pangkalan telah disempurnakan di Markas Pangkalan, Pangkalan Udara Gong Kedak.

Upacara Serah Terima Tugas di antara Lt Kol Zulkifli bin Shafie TUDM dengan Lt Kol Mohd Rasidi bin Muhammad TUDM telah disaksikan oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM. Turut hadir sama menyaksikan Pegawai-pegawai Eksekutif dan Pegawai-pegawai Pangkalan Udara Gong Kedak.
Lt Kol Zulkifli bin Shafie TUDM telah memangku tugas Pegawai Eksekutif Pangkalan mulai 12 Dis 20. Seluruh warga Pangkalan Udara Gong Kedak mengucapkan tahniah kepada Lt Kol Mohd Rasidi bin Muhammad TUDM yang diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Laksana Pangkalan yang baru. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.