Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

fc85018b 3bf8 4fd3 95df e29ba09ef90fc24eab45 8555 403d ac87 3c04de261b286d08a7c9 daba 41f0 81be 83be4005c5c5692ce732 4692 4ed1 adee 13fd1677f427 

KUALA LUMPUR, 8 Jan 21 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Perancangan Strategik telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Nuri, Markas Tentera Udara hari ini.

Upacara menandatangani dan penyerahan dokumen serah terima tugas di antara Kol Tan Chee Seng TUDM dengan Kol Mohamad Yusri bin Mohamad Khassim TUDM telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi, Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hj Hamid TUDM.

Seterusnya, Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi telah menyampaikan cenderahati kepada Kol Tan Chee Seng TUDM yang akan bersara tidak lama lagi sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan di atas segala jasa bakti beliau sepanjang perkhidmatan di Bahagian Operasi Strategik khasnya dan TUDM amnya.