Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

276228a2 58f0 4a23 8ec5 8ec9f2efe713f18c13c9 faf1 497d 8437 2a77f2d98236f621e84e 937b 47d2 bd9c 3eb320c6cb7ebed96c49 0379 46e4 837a 73a661bee5028961ec22 d31c 4a8c b12c ce0bedfda9a8ed9811c4 dbc7 4414 88b5 4917ebffa3d5

KUALA LUMPUR, 7 Jan 2021 – Satu majlis pemakaian Lencana Jurulatih TUDM bagi pegawai dan anggota serta pemakaian pangkat anggota MTU Materiel telah diadakan pada petang ini di SISMAT – MTU Materiel.

Seramai lima orang pegawai serta dua anggota LLP telah dipakaikan Lencana Jurulatih TUDM. Manakala empat anggota telah dinaikkan pangkat iaitu FSjn Mohd Shukri bin Yusof dan FSjn Suhaizad bin Jamaluddin telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Udara II, Sjn U Suhaimi bin Hamzah telah dinaikkan pangkat ke pangkat Pemangku Flait Sarjan dan Kpl U Mohammad Al-Huzaiffi bin Mohamad Nasir telah dinaikkan pangkat ke pangkat Pemangku Sarjan Udara. Upacara yang disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM, AKS Materiel ini turut dihadiri oleh Pengarah Belanjawan, Pegawai-Pegawai serta warga MTU-Materiel.

Dalam ucapan beliau, YBhg AKS Materiel telah menyampaikan ucapan tahun baru 2021 sambil menegaskan agar semua peringkat warga MTU – Materiel mempunyai azam serta semangat yang baru serta konsisten dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Beliau turut mengingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP kesihatan dan keselamatan yang telah digariskan oleh perkhidmatan serta kekal sihat dalam melaksanakan tugas.