Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0031DSC 0037DSC 0043

SENDAYAN, 6 Jan 21 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU), Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada tiga staf MPPLU, hari ini. Anggota yang telah dinaikkan pangkat adalah FSjn Parakas a/l Kumaran dinaikkan pangkat Pangkuan PW U II, Sjn U Mohd Hafizul bin Talip dinaikkan pangkat Pangkuan FSjn dan LU I Muhammad Zaini bin Mohammad Zaidi dinaikkan pangkat Laskar Udara Kanan.

DSC 0077DSC 0081

Ketua Staf MPPLU seterusnya menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 2 Tadbir di antara Lt Kol Maizatul Akmar binti Taharin TUDM dan Mej Mohd Azam bin Zambrose TUDM.

Turut hadir menyaksikan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas tersebut adalah Pengarah Kurikulum MPPLU, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM, pegawai – pegawai serta anggota Markas.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Lt Kol Maizatul Akmar bin Taharin TUDM atas khidmat beliau di MPPLU dan sekalung tahniah diucapkan kepada Mej Mohd Azam bin Zambrose TUDM selaku Pegawai Staf 2 Tadbir MPPLU yang baharu.