Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0877DSC 0880DSC 0894DSC 0897 

LABUAN, 4 Jan 21 – Bertempat di Bangunan Pentadbiran PU Labuan, telah berlangsung satu Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawang Materiel dan Pegawai Memerintah Skn 340. Kedua-dua upacara serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Komander PU Labuan, Brig Jen Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dan turut dihadiri para Eksekutif Pangkalan.

Upacara serah terima tugas Ketua Cawang Materiel telah berlangsung di antara Lt Kol Jafri bin Mohd Isa TUDM dengan penggantinya Mej Johari Azam bin Abu Hassan TUDM. Manakala Mej Adha bin Abdullah TUDM telah mengambil alih tugas sebagai Pegawai Memerintah Skn 340 daripada Lt Kol Mohd Shafriz bin Othman TUDM.

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Lt Kol Jafri bin Mohd Isa TUDM dan Lt Kol Mohd Shafriz bin Othman TUDM di atas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di PU Labuan dan diharapkan akan terus maju di tempat yang baru.