Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0391DSC 0406DSC 0468DSC 0511DSC 0280DSC 0290

GONG KEDAK, 10 November 2020 - Lawatan Pemeriksaan Pakar Sajian telah dilaksanakan di Kompleks Sajian KOMATRA, Wisma Bintara dan Wisma Perwira. Pemeriksaan ini telah diketuai oleh PS 1 Pengurusan Cawangan Perkhidmatan, Lt Kol Junairi bin Baharom TUDM serta Tim Pemeriksaan dari Sel Hospitaliti MTU-Perkhidmatan. Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memantau tatacara penyediaan sajian kepada anggota pangkalan dan juga bagi memastikan Pengurusan Penswastaan Perkhidmatan Katering (PPK) ATM di Pangkalan Udara Gong Kedak dilaksanakan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Pemeriksaan ini juga bertujuan untuk memastikan fasiliti yang disediakan di kompleks sajian dan wisma-wisma berada dalam keadaan yang terbaik supaya dapat memberikan perkhidmatan yang optimum kepada semua anggota di pangkalan.

Dalam lawatan ini juga turut diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan daripada Tabung Kebajikan TUDM oleh PS 1 Pengurusan Cawangan Perkhidmatan sebagai wakil dari MTU-Perkhidmatan kepada Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM dan seterusnya diserahkan kepada Sjn U Mohd Noor Azman bin Md Arif kerana anak beliau iaitu Adik Ainan Saffiya berumur 3 tahun mengalami penyakit Microcephaly dan Kpl U Mohamad Nadree bin Ab Hadee kerana anak beliau adik Mohamad Adam berumur 9 Tahun mengalami penyakit Hydrocephalus. Majlis penyerahan yang ringkas dan amat bermakna ini telah dilaksanakan di Foyer Markas Pangkalan Udara Gong Kedak.

Sumbangan yang disampaikan ini sebagai tanda keperihatinan TUDM di dalam menjaga kebajikan warganya terutama mereka yang mengidap sakit yang dikategorikan di dalam sakit kronik dan semoga dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi.