Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 10 15 at 19.08.37 2WhatsApp Image 2020 10 15 at 19.08.37 3WhatsApp Image 2020 10 15 at 19.08.37 5WhatsApp Image 2020 10 15 at 19.08.37 6WhatsApp Image 2020 10 15 at 19.08.37

GONG KEDAK, 15 Okt 2020 - Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Tn Hj Abdullah Zawawi bin Hj Yahya bersama Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut telah mengadakan lawatan awal ke tapak cadangan pembinaan sekolah di Pangkalan Udara Gong Kedak. Ketibaan delegasi lawatan di Wisma Perwira telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM serta beberapa Pegawai Eksekutif Pangkalan.

Sesi lawatan telah dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Komander Pangkalan. Delegasi lawatan seterusnya dibawa melawat ke tapak cadangan pembinaan sekolah rendah pangkalan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang cadangan pangkalan bagi pembinaan sekolah rendah di PU Gong Kedak sejajar dengan Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM (CAP55) yang mensasarkan penubuhan beberapa skuadron baharu di pangkalan dan ianya akan menyebabkan pertambahan anggota di pangkalan. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin dan dapat merealisasikan pembinaan sekolah seperti yang dibincangkan.