Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 123DSC 5731DSC 5745DSC 5752DSC 5758DSC 5769DSC 5782

GONG KEDAK, 9 Okt 2020 - Majlis Penutup Kursus Panduan Islam Fardhu Ain (PIFA) Tahap 4 Siri 2/2020 telah dirasmikan oleh Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM di Dewan K-Force Pangkalan Udara Gong Kedak. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pegawai Agama Pangkalan, Mej Ahmad Nasri bin Adbul Rahman dan Penyelia serta Staf-staf Pejabat Agama Pangkalan.

Kursus PIFA Tahap 4 Siri 2/2020 telah bermula pada 05 hingga 09 Okt 20 dan dihadiri oleh 29 penuntut berpangat Sarjan Udara dari PUGK. Semua penuntut yang hadir diharapkan dapat menjadikan kursus ini sebagai satu instrumen untuk memperkukuhkan dan menjayakan dasar pembinaan mental dan kerohanian islam serta melahirkan warga ATM yang beriman. Selain itu, kursus ini juga memberi kefahaman yang jelas kepada anggota muslim mengenai kaedah-kaedah amalan dan perlaksanaan ibadat yang betul serta meningkatkan pengetahuan ilmu fardhu ain dikalangan anggota yang beragama islam disamping untuk melayakkan mereka untuk dinaikkan pangkat ke peringkat seterusnya.