Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5123DSC 5126DSC 5147DSC 5166DSC 5185DSC 5221DSC 5241DSC 5251DSC 5268DSC 5651DSC 5673DSC 5674

GONG KEDAK, 8 Okt 2020 - Wisma Bintara Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Program Jiwa Murni bersama penduduk Kampung Beris Pak Abu. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Beris Pak Abu dan Perkampungan Survival.

Program diteruskan dengan Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin di Masjid Ar-Raudhah Pangkalan Udara Gong Kedak. Turut hadir sama Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM, Pegawai Waran Pangkalan, PW U I Mohd Azham bin Zahari, Chairman Mess Committee (CMC) Wisma Bintara PW U I Nurashid bin Arifin serta penduduk kampung.

Program seumpama ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama serta nilai murni dalam membina hubungan silaturrahim di kalangan PTTK PUGK dengan orang awam. Selain itu, ianya diharapkan dapat melahirkan nilai-nilai kerohanian dan kesedaran dalam diri warga PU Gong Kedak demi membentuk sahsiah diri yang unggul.