Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

PU SUB 1PU SUB 4PU JUG 1PU JUG 4INSMAT 1

SENDAYAN, 5 Oktober 2020 - Pertandingan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) LLP TUDM pada tahun 2020 untuk kawasan Lembah Klang telah diakhiri dengan pemeriksaan RKAT PU Sendayan yang turut dihadiri oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Felix Gonsalves a/l Alexandar TUDM selaku Penaung Pertandingan RKAT LLP TUDM.

Terlebih dahulu tim penilai yang diketuai oleh Lt Kol Hasma Hisham bin Mohd Hassan TUDM dibantu oleh pegawai-pegawai penilai dari Markas Pemerintahan telah memeriksa RKAT PU Subang pada 29 Sep 20, RKAT PU Jugra pada 30 Sep 20, RKAT INSMAT pada 2 Okt 20 dan PU Sendayan pada hari ini.

INSMAT 3INSMAT 5PU SDYN 1PU SDYN 3PU SDYN 5

Kemeriahan pertandingan yang bermula dari kawasan Malaysia Timur terus dilanjutkan bagi kawasan Lembah Klang. Kemeriahan pertandingan dapat dilihat dan dirasai melalui hasil kerja, kerjasama, keceriaan yang disembahkan oleh pangkalan dan penghuni RKAT kepada tim penilai.

Justeru, objektif pelaksanaan pertandingan iaitu meningkatkan kecemerlangan pengurusan pangkalan dalam membantu RKAT LLP disamping membudayakan semangat kerjasama antara penghuni serta keluarga sebagai pemangkin keceriaan di kawasan RKAT LLP telah berjaya direalisasikan.