Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4434DSC 4460DSC 4518DSC 4526DSC 4569

GONG KEDAK, 6 Okt 2020 - Pertandingan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) LLP TUDM pada tahun 2020 diteruskan lagi dengan pemeriksaan RKAT di Pangkalan Udara Gong Kedak. Tim Pemeriksaan diketuai oleh Assisten Ketua Staf A1 MPOU, Lt Kol Hasma Hisham bin Mohd Hassan TUDM dan Tim penilai yang dilantik dari Markas-Markas Pemerintahan TUDM. Ketibaan Tim Pemeriksa telah disambut oleh Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM dan Eksekutif Pangkalan.

DSC 4600DSC 4627DSC 4644DSC 4653DSC 4688DSC 4716

Selepas menjalani pemeriksaan suhu dan SOP COVID-19, Tim pemeriksaan telah dibawa ke Bilik Mesyuarat Pangkalan bagi sesi taklimat. Pegawai Senggara Komplek, Kapt Mohamad Hafiz bin Zainol Abidin TUDM telah menyampaikan taklimat berkaitan skop Strategik (Pangkalan) dan Ketua Blok G8, Kpl U Muhammad Sollehin bin Muhaini dengan skop Operational (Blok) dan Taktikal (Penghuni) seperti yang ditetapkan dalam skema permarkahan pertandingan. Seterusnya Tim Pemeriksa telah dibawa ke Blok G8 untuk lawatan tapak bagi mengenalpasti secara fizikal dan pemberian markah.

Semoga dengan pertandingan ini dapat mewujudkan sikap positif dan kerjasama di antara penghuni RKAT serta meningkatkan taraf kehidupan lebih selesa bagi anggota dan keluarga dan seterusnya dapat melaksanakan tugasan di pangkalan dengan bahagia selari dengan konsep Rumahku Syurgaku.