Kemaskini Terakhir: Rabu,5 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 07 24 at 12.20.301WhatsApp Image 2020 07 24 at 12.20.302WhatsApp Image 2020 07 24 at 12.20.332WhatsApp Image 2020 07 24 at 12.20.341WhatsApp Image 2020 07 24 at 12.20.351

GONG KEDAK, 24 Julai 2020 - Pejabat Agama Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Kursus Panduan Islam Fardhu Ain Tahap 4 Siri 1/2020 bermula 20 Jul 20 hingga 24 Jul 20 yang dihadiri seramai 20 orang penuntut terdiri daripada anggota berpangkat Sarjan Udara.

Objektif kursus dilaksanakan adalah sebagai satu instrumen untuk memperkukuhkan dan menjayakan dasar pembinaan mental dan kerohanian islam ATM (PMAT9/91) serta melahirkan warga ATM yang beriman melalui Pendidikan Islam yang dilaksanakan secara formal. Selain itu juga, memberi kefahaman yang jelas kepada anggota muslim mengenai kaedah-kaedah amalan dan perlaksaan ibadat yang betul serta meningkatkan pengetahuan ilmu fardhu ain dikalangan anggota yang beragama islam dan melayakkan anggota LLP untuk dinaikkan pangkat ke peringkat seterusnya.

Majlis Penutup Kursus PIFA telah diadakan di Dewan K-Force Pangkalan Udara Gong Kedak yang telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM. Turut dihadir sama Pegawai Agama Pangkalan, Mej Anuar bin Mat Zain, Penyelia Pejabat Agama Pangkalan serta Staf-staf Pejabat Agama dan penuntut kursus.