Kemaskini Terakhir: Rabu,5 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200722 WA0072IMG 20200722 WA0068IMG 20200722 WA0072

SEBERANG PERAI UTARA, 22 Jul 20 – Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Hj. Noorzainy B. Hj. Mohd Noor.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalin kerjasama yang erat antara kedua-dua agensi penguatkuasaan yang terdapat dalam negeri ini disamping terus berusaha bersama berganding bahu dalam melaksanakan tugas dan operasi antara agensi dimasa akan datang terutamanya dlm aspek keselamatan, mitigasi anasir dadah dan persiapan Op Banjir.

Turut hadir bersama Mej Mohd Hael Mizan Bin Mohamd Amin TUDM Pegawai Risik Pangkalan dan disambut oleh DSP Jalaludin B. Ahmad Zainudin Ketua Cawangan Khas Daerah, DSP Mat Rizal B. Mat Radzi Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah dan Sarjan Hasliza Binti Hasanuddin Timbalan Ketua Polis Balai Telok Ayer Tawar.