Kemaskini Terakhir: Khamis,9 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0031 resizeDSC 0036 resizeDSC 0038 resize

ALOR SETAR, 25 Jun 20 - Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan sempena Minggu Keselamatan Kolej Tentera Udara yang telah dilangsungkan bermula pada 15 Jun hingga 24 Jun 2020. Sebanyak 3 kategori pertandingan telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Digital Poster, Pertandingan Video Keselamatan dan Pertandingan Sudut Keselamatan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh oleh YBhg Brig Jen Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara dan diiringi oleh Mej Abdul Rafif bin Muhammad TUDM, Pegawai Keselamatan Kolej.

Bagi Pertandingan Digital Poster, tempat pertama telah disandang oleh Institut Latihan Instruktor Terbang (ILIT),manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing telah disandang oleh Cawang Kejuruteraan dan Material.

Manakala bagi Pertandingan Video Keselamatan pula, Johan telah disandang oleh Institut Teknologi Aerospace (ITAS) manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing telah disandang oleh ILIT dan Institut Penerbangan (INSPEN) 2.

Akhir sekali bagi Pertandingan Sudut Keselamatan, INSPEN 2 telah menjadi johan diikuti oleh ILIT dan ITAS masing ditempat kedua dan ketiga.

Warga Kolej Tentera Udara mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan.