Kemaskini Terakhir: Khamis,9 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200624 WA0051IMG 20200624 WA0054IMG 20200624 WA0055IMG 20200624 WA0059IMG 20200624 WA0058IMG 20200624 WA0060

SUBANG, 24 Jun 20 – Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada pegawai yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM di Bilik Merpati, Cabang Pergerakan Udara.

Dalam majlis ini menyaksikan tiga orang pegawai berpangkat Kapt TUDM dinaikkan ke pangkat Mejar TUDM iaitu daripada No 2 Skn, No 16 Skn dan No 22 Skn.

Dalam majlis yang sama, Komander Pangkalan bersama isteri Puan Normah binti Ismail, selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan telah menyampaikan sumbangan Cek Pampasan Kematian Waris daripada Koperasi Tentera kepada Puan Madihah binti Mohammad iaitu balu kepada arwah PW U I Mohd Fauzi bin Mohd Isa (No 22 Skn) yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu ahli keluarga serta meringankan beban kewangan bagi menjalani kehidupan seharian selepas ini.