Kemaskini Terakhir: Khamis,9 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 06 25 at 09.33.09WhatsApp Image 2020 06 25 at 09.33.10 1WhatsApp Image 2020 06 25 at 09.33.10

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2020 - Bersempena dengan Hari Ulang Tahun TUDM ke-62, Persatuan Kristian TUDM yang diketuai oleh Mej Jen Felix Gonsalvez TUDM telah menyerahkan sumbangan kepada Asrama Cahaya Rumah Wanita Cacat Infant Jesus Convent, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Penyampaian sumbangan ini bertujuan untuk mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan antara warga TUDM dengan masyarakat setempat sebagai satu usaha murni kepada masyarakat di samping membantu Asrama Cahaya yang kini menempatkan 34 orang warga emas dari golongan orang kelainan upaya (OKU) berusia dari 60 hingga 94 tahun.

Kehadiran tim TUDM bersama Kol Theodore Mohan TUDM, Kol Sebastian Arokiaraj TUDM dan Lt Kol Nixon Ng Bujang TUDM telah disambut oleh Rev Sister Rosalind Tan (PIC) dan beberapa orang warga asrama.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Malaysian Armed Forces Chinese Veterans Association – RMAF (MACVA – RMAF), Encik Joe Pie Chong Seng bagi menyampaikan sumbangan MACVA kepada Asrama Cahaya.

Semoga dengan penyampaian sumbangan ini dapat membantu meringankan beban pihak pengurusan asrama dalam menguruskan penghuni di asrama ini serta memberikan keceriaan kepada mereka yang diraikan.