Kemaskini Terakhir: Isnin,1 Jun 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7583DSC 7592DSC 7606DSC 7615DSC 7623DSC 7642DSC 7644DSC 7649DSC 7654DSC 7663DSC 7683 

GONG KEDAK, 20 Mei 2020 – Penyampaian Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC) 2019 bagi Pangkalan Udara Gong Kedak telah diadakan di bilik VIP Pergerakan Udara Pangkalan Udara Gong Kedak. Seramai 62 penerima yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat telah menerima APC 2019 bagi Pangkalan Udara Gong Kedak.

Calon-calon yang dipilih oleh Jawatankuasa pemilihan APC adalah berdasarkan prestasi dan mutu kerja yang cemerlang di dalam jawatan dan bidang masing-masing pada tahun 2019. Pemilihan calon terdiri daripada pegawai dan anggota dari pelbagai ketukangan dan lapisan pangkat yang berkhidmat di Pangkalan Udara Gong Kedak.

Kesemua penerima telah menerima Sijil Khidmat Cemerlang dan hadiah berprestasi berupa wang bernilai RM1000 didepositkan ke dalam akaun SSPN-i daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Upacara penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM serta dihadiri Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM serta Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Gong Kedak.

Anugerah ini diharap dapat memberi motivasi dan semangat serta inspirasi kepada warga TUDM amnya bagi meningkatkan prestasi diri dan seterusnya memartabatkan kecemerlangan organisasi dan perkhidmatan. Selain itu juga turut diadakan penyerahan Bantuan Tabung Zakat sumbangan PERNAMA sempena COVID-19 oleh Komander Pangkalan kepada 33 anggota yang layak menerima bantuan tersebut.