Kemaskini Terakhir: Isnin,1 Jun 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 05 19 at 1.08.25 PMWhatsApp Image 2020 05 19 at 1.08.27 PMWhatsApp Image 2020 05 19 at 1.08.271 PM 

SUBANG, 19 Mei 2020 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah berbesar hati untuk memberi sumbangan kepada anggota sakit kronik dan waris sakit kronik bertempat di VIP 3/Bilik Nuri, Cabang Pergerakan Udara PU Subang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Mej Jen Felix Gonsalvez s/o S.Alexander TUDM; Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM; Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM dan Pegawai-Pegawai Kanan yang lain.

Seramai 36 anggota PU Subang termasuk anggota unit lodger telah kenalpasti layak untuk menerima hadir bagi menerima sumbangan kebajikan tersebut. Sumbangan yang disampaikan adalah berupa kuih raya dan duit raya. Dalam majlis tersebut juga, Panglima Operasi Udara turut memberi sumbangan kepada PU Subang yang diwakili oleh Komander Pangkalan.

Di akhir majlis, Panglima Operasi Udara telah memberi sedikit peringatan kepada semua yang hadir berkenaan keselamatan diri dan keluarga semasa musim perayaan nanti supaya mengamalkan gaya kehidupan baru seperti memakai face mask, kerap cuci tangan dan mengamalkan jarak 1 meter bagi membendung penularan wabak COVID-19.