Kemaskini Terakhir: Ahad,31 Mei 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200519 WA0047IMG 20200519 WA0049 

SUBANG, 19 Mei 2020 - BAKAT Pangkalan Udara Subang telah mengadakan aktiviti lawatan kebajikan ke atas pesakit-pesakit kronik dan anak-anak istimewa di bawah naungan Pangkalan Udara Subang. Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Subang, Puan Normah binti Ismail telah berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan kebajikan melalui Tabung KSSKA Pangkalan (BAKAT) yang melibatkan seramai 38 orang penerima.

Turut disampaikan adalah sumbangan kebajikan kepada balu-balu di bawah jagaan BAKAT Pangkalan Udara Subang iaitu seramai 21 orang juga melalui Tabung KSSKA Pangkalan (BAKAT). Sumbangan adalah berupa wang tunai dan hamper barangan keperluan bagi persediaan menyambut bulan Syawal. Sumbangan ini juga disalurkan secara berperingkat melalui pengerusi-pengerusi BAKAT skuadron, cawang dan unit. Ini adalah kerana pihak BAKAT PU Subang menghormati dan memenuhi saranan pihak kerajaan bagi mematuhi pengarahan yang telah ditetapkan semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di samping tidak mengabaikan keperluan keluarga pegawai serta anggota yang memerlukan.