Kemaskini Terakhir: Rabu,23 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

13456 

Walaupun ATM kini menggalas tanggungjawab sebagai ‘frontliners’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh tidak ketinggalan berbakti kepada masyarakat melalui Program Derma Darah.

Menurut Komandan ATU, Kol Abdul Nazar bin Abdul Hamid TUDM, program derma darah ini adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial TUDM khususnya ATU, Ipoh untuk membantu bagi bekalan tabung darah di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Kerjasama ini dilaksanakan sebagai inisiatif berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa krisis kesihatan COVID-19.

Seramai 77 orang penderma darah yang terdiri daripada pelbagai peringkat anggota dan Perajurit Muda Udara telah menderma darah pada kali ini. Proses pendermaan darah telah dilaksanakan dengan mempraktikkan amalan penjarakan sosial dan mengehadkan bilangan kecil penderma dalam satu masa.

Pasukan Bank Darah daripada HRPB Ipoh yang diketuai oleh Dr. Alvina Joseph, Doktor Pakar Transfusi telah hadir ke ATU bagi melaksanakan program ini. Pihak HRPB telah menzahirkan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan TUDM amnya dan ATU khususnya dalam membantu menambah bekalan tabung darah mereka. Semoga usaha murni ini dan jalinan kerjasama ini terus berkekalan dan memanfaatkan golongan yang memerlukannya.