Kemaskini Terakhir: Rabu,1 Apr 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 03 07 at 3.24.38 PMWhatsApp Image 2020 03 07 at 3.24.39 PM 1WhatsApp Image 2020 03 07 at 3.24.40 PM 1WhatsApp Image 2020 03 07 at 3.24.40 PMWhatsApp Image 2020 03 07 at 3.24.41 PMWhatsApp Image 2020 03 07 at 3.24.42 PM 1WhatsApp Image 2020 03 07 at 3.24.42 PMWhatsApp Image 2020 03 07 at 3.24.43 PM 1WhatsApp Image 2020 03 07 at 3.24.43 PM

 

LABUAN, 6 Mac 20 – Pangkalan Udara Labuan telah melaksanakan satu Ceramah Perdana berkenaan COVID-19, Anti-Dadah dan Program Kospen Perwira di Dewan Mutiara Pangkalan. Ianya melibatkan kesemua pegawai, anggota, staf awam dan anggota BAKAT dari TUDM Labuan, Markas Wilayah Udara 2, 51 KKKPD, TLDM dan Askar Wataniah. Program ini telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Gen Mahadzer bin Amin TUDM yang hadir bersama isteri, Puan Nor Asmah binti Hashim.

Program yang dikelolai oleh pihak RSAT PU LABUAN ini diketuai oleh Mej (Dr) Narimah binti Abdul Hamid dengan kerjasama dari pegawai-pegawai dan staf dari Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Negeri WP. Labuan bertujuan untuk menjelaskan kepada semua tentang :
1. Subtype Coronavirus dan cara jangkitannya.
2. Mengetahui cara-cara untuk mengelakkan dan melindungi diri dari jangkitan Novel Coronavirus.
3. Negara2 terkini yang perlu dielakkan untuk dikunjungi akibat wabak COVID-19.
4. Melatih peserta untuk mengenali tanda-tanda gejala dan cara rujukan kes yang betul melalui CPRC.

Pada masa yang sama juga, Program Anti-Dadah dan Pelaksanaan Program Kospen Perwira turut berjaya dilaksanakan dengan jayanya.