Kemaskini Terakhir: Rabu,1 Apr 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3387DSC 3424DSC 3428DSC 3462DSC 3497DSC 3509DSC 7280DSC 7305DSC 7345

GONG KEDAK, 20 Mac 2020 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengambil inisiatif melaksanakan saringan kesihatan (Temperature Screening) kepada semua warga pangkalan termasuk orang awam yang bertugas di dalam Pangkalan Udara Gong Kedak bagi memastikan mereka sihat dan bebas dari gejala wabak COVID – 19.

Komander Pangkalan, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM mengambil serius usaha pihak kerajaan dalam mencegah wabak COVID-19 serta arahan daripada pucuk pimpinan tertinggi TUDM dalam membendung penyebaran wabak COVID-19 daripada terus merebak dan memastikan semua warga TUDM dalam keadaan sihat dan selamat dalam menjalankan tugas seharian serta ahli keluarga.

Pelaksanaan ini diimplimentasikan pada setiap anggota dengan memeriksaan suhu tidak melebihi 37.5oC serta memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik. Selain itu juga, anggota diberi nasihat cara penggunaan “Hand Sanitizer” dan memakai “face Mask” sebagai langkah pencegahan wabak COVID -19 serta dinasihat kepada anggota dan keluarga balik bercuti perlu membuat pemeriksaan kesihatan di RSAT Pangkalan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 di Pangkalan Udara Gong Kedak. Langkah pemeriksaan ini akan dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diarahkan oleh kerajaan.